Saturday, 21 January 2017

Petua Membuang Kahak Bayi Tanpa Ubat Doktor

Risau kan bila si kecil batuk di selangi pula dengan bunyi kahak. Biasanya bayi yang baru lahir masih ada lendir yang tidak dapat dikeluarkan. Ia adalah normal.
.
Pernah masa lahirkan anak saya yang sulung, Ammar Alif, dua tahun yang lepas, saya batuk teruk. Nak makan ubat pun tak boleh sebab risau boleh kurangkan susu badan atau ada 'effect' pada bayi. Kesian anak saya pun berjangkit sama. Asyik batuk sahaja diselangi dengan bunyi kahak. Kesian tengok alif tak dapat nak tidur sebab hidung tersumbat. Jadi, terus saya bawa alif jumpa doktor untuk memastikan tiada penyakit lain yang berbahaya. Alhamdulillah tiada penyakit yang berbahaya, dan seperti biasa sebelum balik, doktor akan beri ubat untuk bayi. Terus saya buang ubat tu ke tong sampah. Kalau boleh saya tak nak anak saya bergantung pada ubat sejak kecil lagi. Ini antara untuk kuatkan antibodi dia juga. Biar antibodi alif sendiri yang melawan virus tu.
.
Sebenarnya bayi umur 1 tahun kebawah tidak digalakkan untuk ambil sebarang ubat kerana organ dalaman bayi masih belum cukup kuat atau matang untuk memproses 'dadah' yang diberikan. Ubat itu akan menyebabkan bayi 'drowsy' dan tidak elok untuk perkembangan mereka.
.
Saya lebih percaya dengan rawatan tradisional atau produk natural yang membantu untuk kurangkan batuk berkahak anak saya. Produk pertama yang menarik perhatian saya melalui feedback ramai momies di facebook Kelab Ibu Hamil dan Berpantang adalah TROPIKA. Terus saya order Produk asas keperluan bayi iaitu Cream Herbal Tropika, Baby Soap dan Baby Hair & Body Oil 30ml.
Alhamdulillah, memang berkesan Krim Herba Tropika ni. Lepas sapu Krim ni, anak saya dah boleh tidur lena. Hidung pun dah tak sumbat. Best rupanya guna produk TROPIKA ni , ditambah pula ramuan utama TROPIKA adalah minyak kelapa dara. Pasti kawan-kawan tahu kan, Minyak kelapa dara terlalu banyak kelebihan nya. Posting yang seterusnya saya akan cerita lebih lanjut kebaikan kan kelebihan produk.  INI ADALAH PERMULAAN BISNES SAYA, DARI PENGGUNA TERUS SAYA UPGRADE JADI STOKIS TROPIKA . Sehingga sekarang anak saya masih guna produk ni. Next posting saya akan cerita pula bagaimana saya berminat jual Minyak Herba Asmak ni. Dah tentula saya guna dulu sebelum jadi pengedar :). Kedua-dua produk ni berbeza kandungan dan fungsi tapi kesan memang OHSEM!! 
.
Selain penggunaan produk organik, saya juga membuat rawatan tradisonal untuk membuang kahak anak saya. Kawan-kawan boleh ikut tips ni ya.

RAWATAN TRADIONAL MEMBUANG KAHAK BAYI

1. Buat MINYAK BAWANG PUTIH, @ sapu MINYAK HERBA ASMAK

  • Ambil 1@ 2 ulas bawang putih, jangan buang kulit, bakar atas api. Lenyet bawang putih tu dengan garpu, kemudian campur dengan minyak masak yang belum diguna. 
  • Untuk Kesan Yang lebih baik, minyak masak tu boleh diganti dengan Minyak Herba Asmak. Habatussauda, Gamat, Minyak Zaitun serta Minyak Kelapa dara dalam Minyak Herba Asmak memberi kesan terbaik dalam mengurangkan batuk berkahak bayi ditambah pula khasiat bawang putih yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria.
  • Sapu minyak tersebut pada dada, leher, belakang badan bayi, betis serta tapak kaki bayi.
2. Teknik Steam N Purcussion
  • Teknik menepuk belakang bayi untuk keluarkan kahak
  • Seeloknya masukkan 2 ulas bawang putih dalam air panas tu. 
  • Terbalikkan bayi (seperti dalam gambar), hati-hati dengan tangan anak ya, takut terkena air panas. Biasanya saya bedung anak dulu, supaya dia tidak meronta. 
  • Momies jangan risau ya kalau anak menangis. Lagi kuat anak menangis, lebih banyak wap wap panas anak sedut. Lagi mudah hingus keluar. 
  • Jika nak kesan yang lebih baik,momies dengan anak,  tutup dengan kain. Jadi wap-wap panas hanya berkumpul dalam kain tu sahaja 
  • Kemudian, buat tangan seperti dalam gambar, dan tepuk belakang bayi perlahan-lahan. Masa ni anak akan menangis dengan kuat. Biarkan sahaja. Momies!! Hati kena kental ya. Nak terbaik untuk anak, hati kena tabah.
  • Lagi banyak anak menangis, lagi banyak wap anak sedut. Ditambah pula dengan wap bawang putih akan masuk ke dalam rongga-rongga pernafasan anak untuk membunuh sel-sel bakteria. 
Okeh momies. Good Luck ya. Lakukan teknik ni 2 kali sehari. Selepas mandi pagi dan selepas mandi petang. So, anak boleh tidur dengan lena. Momies pun dah tak perlu risau :)

Tq baca momies. Nanti say hello2x ya :)



No comments:

Post a Comment