Thursday 2 May 2019

Kisah Ibu Dan Anak


“Mak, pulut dengan kuah durian mak? aku menghulurkan semangkuk buat mak

Mak yang sedang leka menonton berita di tv terus makan dengan seleranya .

“kau kukus ke kau tanak pulut ni? mak bertanya sambil menyuap tanpa henti

“kukus mak. Hari tu tanak lembik,  jam 3 balik dari kedai tadi adik dah rendam pulut dah...

“mana kau dapat durian? mak bertanya lagi

“tadikan adik keluar hantar bibik Fitri,  adik beli sekali, aku bercerita lebih lanjut lagi 

“kau ni, kalau benda dah hendak, itujam juga kau buat. Takde tunggu besok, mak membebel. 

“ada lagi pulut ? mak menghulurkan aku pinggan kosong 

“ada ? mak nak lagi

“boleh lah lagi semangkuk. Sedap, mak ketawa 

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah
bersabda: “Melihat pada tiga perkara
adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa,
melihat al-Quran dan melihat lautan.” –
(Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan
“Melihat Ka’abah”.

Pulut Durian 

rendam beras pulut selama 3 jam dan lebih
kemudian kukuskan selama setengah jam atau satu jam (sehingga masak) .  Letakkan juga dua sudu besar minyak masak.

santan pekat di campur kan garam sedikit dan gaulkan atas pulut yang telah di kukus tadi dan kukus kan semula dalam 15 minit 

kuah serawa durian

10 ke 15 biji isi durian termasuk biji
santan cair 
daun pandan

kacaukan atas dapur , sehingga sebati.

kemudian masukkan gula perang (gula pasir boleh) , dan gula melaka

tambahkan air.

ikut kepekatan dan kecairan .

jika ingin pekat tambahkan santan pekat lagi sebelum di angkat.

jangan lupa letakkan garam.

selamat mencuba 

Kredit : Amelya Tamby Hussin

No comments:

Post a Comment